Nov 24, 2006

Pada suatu hari...

Pagi itu.. seperti biasa Noor bangun pagi hendak ke sekolah. Entah kenapa dia terlambat bangun pagi itu. Sesampai di perhentian bas, nasib baik bas belum jalan jadi dia pun berlari anak menaik bas sekolah tersebut. Bila sampai di dalam, dia berasa hairan kerana tiada seorang pun budak sekolah di dalam bas, disebabkan bas mula bergerak Noor terus duduk. Mungkin mereka pun terlambat hari ni, bisik hatinya. Kemudian dia terasa kurang senang kerana mana mungkin semua murid kebetulan lambat bangun, kata hatinya lagi.

Kemudian Noor bercadang hendak bertanya kepada pemandu bas tersebut. Apabila dia hendak berdiri, tiba-tiba bas tersebut seperti menaiki gunung yang tinggi dan dia terjatuh kembali ke tempat duduknya. Bila masa pula ada bukit sini, katanya hatinya lagi kemudian dia menoleh ke luar tingkap, alangkah terkejutnya dia apabila bas yang dia naiki perlahan-lahan terbang di udara. Tanpa membuang masa lagi, dia berdiri melawan graviti bumi menuju ke tempat pemandu bas tersebut, sekali lagi dia terkejut bukan kepalang apabila dilihatnya tiada orang yang memandu bas tersebut. Apa lagi dia pun menjerit sekuat hati meminta tolong. "Tolong! Tolong! Tolong!" Tiba-tiba bas tersebut berhenti beberapa saat di udara dan kemudian menjunam semula ke bumi. Noor berfikir hayatnya akan berakhir hari itu kemudian dia menjerit lagi sambil menutup seluruh mukanya dengan telapak tangannya. Beberapa saat kemudian, "gedebukk!" satu hentakan yang kuat sekali di kepala sebelah kirinya kemudian dia terdengar suara penyelamat menyuruhnya bangun. Bila Noor perlahan-lahan membuka matanya, dia nampak wajah kakaknya didepannya.

Matikah aku! Matikah aku!... katanya berulang-ulang kali.

"Paap!", satu tamparan kuat hinggap di pipinya. "Sudahlah jatuh dari katil, mengigau lagi," Kata kakaknya

Oooo... rupanya Noor bermimpi dengan rasa malu yang amat sangat dia naik semula di atas katil berselubung dengan selimutnya dan tidur balik.

1 comment:

Anonymous said...

....